Viral

Tak Sangka Betul, Pencuci Pinggan Boleh Bersihkan Lantai, Memang Berkilat & Bersinar Habis

Sudah berkali-kali lantai dimop tapi masih juga terasa kesat dan nampak tidak berkilat. Masih juga kelihatan kesan-kesan kotoran pada lantai.

Bermacam-macam jenis pencuci lantai telah digunakan namun hasilnya tetap sama. Beli pencuci lantai yang mahal sudah, yang murah pun sudah, hasilnya tetap sama.

Percaya atau tidak sebenarnya hanya dengan menggunakan pencuci pinggan, lantai akan bersih dan berkilat?

Boleh cuba cara seperti yang dikongsikan oleh Heze Zamri  ini.

TIP LANTAI TILES LICIN BERKILAT

Petua hendak bagi licin dan kilat tiles rumah, guna sunlight sahaja.

Caranya mudah sahaja. Hanya bancuh cecair pencuci pinggan itu dengan  air paip. Selepas itu moplah lantai.

Cara ini juga amat berkesan untuk membuang debu-debu pasir yang biasanya jelas kelihatan kesan daripada ubah suai rumah.

Selepas lap lantai dengan menggunakan bancuhan pencuci pinggan Sunlight, lantai terus jadi berkilat. Hanya dengan sekali mop sahaja.

Petua ini sebenarnya dikongsi oleh saudara ibunda yang juga contractor cleaning services.

Kebetulan dia tidak cukup pekerja untuk bantu bersihkan kediaman jadi dia kongsi tip ini.

Sumber kredit: Heze Zamri

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikal Popular

To Top