Kesihatan

Target Nak Slim Sebelum Raya, Ini 15 Perkara Bantu Turunkan Berat Badan Semasa Ramadan

Menurunkan berat badan di bulan Ramadan bukan satu perkara mustahil dilakukan kalau kena dengan caranya. Ketika inilah waktu yang terbaik untuk menurunkan berat badan.

Sambil menunaikan kewajipan sebagai umat Islam, dalam masa yang sama juga kita memperoleh manfaat menjaga kesihatan tubuh. Seronokkan, pahala dapat, kurus pun dapat.

Ini tip yang dikongsikan oleh Mohamad Faizal Bin Saedon bagi membantu anda yang sedang dalam usaha menurunkan berat badan mendapatkan hasil yang memuaskan.

15 PERKARA BANTU OPTIMUMKAN PENURUNAN BERAT BADAN SEMASA BULAN RAMADAN

Antara ajaibnya Ramadan. Sesiapa sahaja, dengan masalah makan macam mana pun bila tiba bulan puasa, mereka boleh menahan makan dan minum dari sebelum terbit fajar sehingga terbenam mentari.

Hebatkan, yang selama ini tak boleh tinggal sarapan, yang tak boleh tinggal nasi tengahari, yang hantu nescafe semua boleh taat dalam satu hari sahaja.

Begitulah kehebatan kita manusia dalam mentaati apa yang kita percaya. Padahal kalau hari biasa mau lapar dan dahaga macam nak mati.

Jadi hari ni saya nak kongsi tip bagaimana dengan bulan puasa ini kita bukan sahaja dapat pahala taat perintah tapi boleh juga dapat penurunan berat badan dari obesiti malah insyaallah dapat kesihatan yang lebih baik.

1. Ambil kesempatan bina tabiat baru. Ya, masa ini adalah masa yang terbaik membaiki tabiat kita yang makan banyak dan makan apa saja tak tentu masa. Jangan anggap ramadan bulan keterpaksaan, tapi anggaplah ia bulan latihan untuk satu tabiat yang lebih baik dan menyihatkan.

2. Bangun sahur. Ini tuntutan walaupun ianya bukanlah wajib seperti berbuka. Ada dua kebaikan sahur, pertama membekalkan tenaga dan air dalam badan untuk mengharungi masa berpuasa. Kedua untuk bangun pada masa sahur kita harus tidur awal. Tidur yang mencukupi akan membantu menstabilkan hormon yang berkerja menahan kita dari lapar.

3. Minum air mencukupi sepanjang berbuka sehingga sahur. Ini dapat mengelakkan kita dari dihidrasi yang membawa kepada banyak masalah lain seperti kelesuan, hilang fokus, masalah buah pinggang dan masalah tekanan darah.

4. Berbuka dengan tamar, air kosong dan buah-buahan yang mengandungi banyak air seperti tembikai, nanas, strawberi sebagai contoh. Selepas itu terus solat Maghrib dahulu dan sambung makan hidangan utama sama ada lepas Maghrib atau selepas solat Isyak mahupun selepas tarawih. Ini membantu kita mengawal pengambilan kalori dan mengawal nafsu yang membuak-buak nak makan kerana menahan diri di siang hari.

5. Kurangkan, atau tukar karbohidrat ringkas kepada karbohidrat kompleks. Ini akan membantu tubuh dengan rasa kenyang lebih lama. Malah nutrisi yang ada dalam karbohidrat kompleks akan memberi nutrien yang mencukupi kepada tubuh dan sekali gus membekalkan tenaga kepada tubuh mengharungi puasa keesokan harinya.

6. Minum air kosong, ais kosong atau air suam berbanding air bandung, air chicau, air kathira, teh tarik madu dan pelbagai jenis air yang menggoda tu. Tak boleh lansung ke? Terpulang, tapi kalau nak minum juga, cukup sekadar ambik rasa saja. Air-air yang saya sebut di atas kebiasaan mempunyai kandungan gula yang tinggi. Gula adalah karbohidrat ringkas dan ia boleh dikategorikan sebagai kalori sia-sia. Tidaklah air itu mengenyangkan seperti mana kita makan, tapi ia sekadar melepaskan kehendak kita atau nafsu semata-mata.

7. Sibukkan diri dengan perkara yang bermanfaat. Ini dapat mengalih perhatian kita kepada perkara lagho, timeline kita akan dipenuhi dengan gambar-gambar makanan dan minuman yang pasti menggugat selera kita. Salah satu cara mengatasi dugaan ini adalah dengan kurangkan tengok media sosial masa masa nak berbuka.

8. Kurangkan membeli makanan siap di bazar Ramadan dan masak sendiri. Ini paling susah dan rumit nak dilaksanakan. Tapi ini tip paling bagus. Kalau boleh buatlah jadual hanya sekali dalam seminggu ke bazar Ramadan.

8. Elakkan pembaziran. Ya, kalau terperangkap di bazar ramadan cubalah ingat satu perkara. Pengalaman dulu sebenarnya mengajar kita. Apa yang kita makan semasa berbuka biasanya tak banyak dan ianya amat mengenyangkan. Malah pastinya banyak yang kita beli di bazar Ramadan tak pun habis dan akhirnya ke tong sampah. Saya tak kata orang lain, saya pun begitu.

9. Berkongsi makanan dengan keluarga atau jiran. Di samping menggandakan pahala bersedakah, ia mampu mengurangkan pengambilan kalori kita.

10. Makanlah dengan perlahan-lahan. Waktu bersahur ataupun waktu berbuka. Ini satu tip yang baik untuk menghadkan pengambilan kalori berlebihan. Bila kita makan secara perlahan ia akan menyebabkan kita mudah kenyang.

11. Makanlah dengan ingat perkataan ini. Masa dibenarkan makan semasa puasa, jangan jadikan masa makan itu sebagai membalas dendam kerana berpuas. Tapi makanlah untuk menyediakan diri dengan tenaga untuk menghadapi puasa.

12. Aktifkan diri, jangan hanya bermalasan. Walaupun tidur dibulan Ramadan juga punya pahala, tapi aktifkan diri kalian. Setidaknya sejam sebelum berbuka berjalanlah selama sejam secara santai. Tak perlu berjogging atau buat aktiviti workout yang berat.

13. Makan makan kuih muih tradisional yang manis dengan kadar seciput. Tak salah nak makan, tapi kawal pengambilannya.

14. Bersenam 3 kali seminggu selepas waktu berbuka. Aktiviti seperti jumprope, bertabata, berbadminton atau apa sahaja lakukanlah ditengah malam, hindari aktiviti berat disiang hari.

15. Lebihkan pengambilan protein, sayuran buah buahan semasa berbuka dan bersahur. Ini pilihan yang lebih baik daripada makanan berunsurkan tepung dan gula.

Semua cadangan di atas adalah satu saranan semata mata. Tindakan dan keputusan adalah mutlak hak kalian. Tiada paksaan dan tidak juga saya claim inilah cara terbaik.

Kata kunci yang paling penting adalah bersederhanalah dalam apa pun pilihan kalian. Kerana dalam mewujudkan keharmonian antara tubuh dan keputusan adalah elakkan stress keterlaluan.

Perlu ditekankan di sini puasa adalah ibadah dan bukanlah alat kita nak kurus semata mata. Cuma dalam melaksanakan perintah Allah, kebaikan lain juga boleh kita dapati dengan menjaga pilihan pilihan kita.

Sumber kredit: Mohamad Faizal Bin Saedon

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikal Popular

To Top