Rumah yang kemas dan bersih membuatkan penghuninya rasa tenang. Rumah adalah ‘syurga’ jadi mestilah perlu sentiasa bersih dan kemas.
Antara bahagian yang menjadi ‘nadi’ penting dalam sesebuah kediaman ialah lantai. Tentu tidak selesa bila pijak lantai kaki rasa melekit.
Paling menyakitkan mata apabila lantai kelihatan dengan tapak kaki. Bagi pencinta kucing, lagilah besar cabarannya untuk mengekalkan lantai yang bersih dan ‘berkilat’ tanpa kesan tapak kaki si bulus.
Apa kata anda cuba cara seperti yang dikongsikan oleh Normah Md Din
Rumah kak Nor ni ada 13 ekor kucing. Jadi memang hari-hari sapu dan mop. Selalu mop pakai air biasa dan pencuci tangan beli di kedai Eco je (murah dan wangi) serta tambah softner sebab nak lantai wangi.
Memang lantai berkilat tapi bila anak-anak bulus pijak lantai atau kaki kita pijak lantai, lantai akan terdapat kesan tapak kaki.
Alhamdulillah hari ini try mop pakai air panas dan letak beberapa titik pencuci tangan Eco (seperti dalam gambar di bawah) selepas mop dan lap lantai. Walau pun anak-anak bulus pijak atau anak-anak pijak, lantai tidak berbekas dengan tapak kaki.
KELUARGA ANA: Bila tengok lantai rumah bersih dan berkilat memang rasa puas hati. Tidak terasa penat mengelap lantai. Yang penting jimat dan hasilnya ‘meletup.’
Sumber kredit: Normah Md Din via Kelab Kaki Deco Kaison,Ikea, Romantika, Eco & Mr DIY
