Timun biasanya kita buat ulam sahaja. Sebenarnya timun juga sesuai dimasak menu kuah lemak. Kalau dalam peti sejuk hanya ada sayur timun, tiada masalah. Anda boleh sahaja buat kuah lemak style Terengganu yang pastinya membuatkan anda makan bertambah-tambah.
RESIPI SAYUR TIMUN MASAK LEMAK STYLE TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
Sebatang timun – Belah dua, buang tengahnya kemudian potong lebar-lebar
4 sudu besar isi ikan kembung atau ikan selar atau apa-apa sahaja ikan…rebus atau goreng dan tumbuk isi ikan jadi halus
3 biji bawang merah
2 inci kunyit hidup
1 sudu besar lada hitam
1 cawan santan
Sedikit air
Garam, gula dan serbuk perasa
CARA MEMBUAT:
1. Tumbuk bawang merah dan kunyit hidup. Kemudian masukkan lada hitam dan tumbuk lagi hingga agak lumat.
2. Masukkan ke dalam periuk bahan tumbuk tadi bersama timun, isi ikan dan santan.
3. Masak atas api dan jangan sampai berketul-ketul. Kacau selalu. Kalau pekat tambah sedikit air. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Apabila sudah masak, bolehlah hidangkan.
Sayur timun masak lemak ini enak dimakan bersama nasi panas. Resipi ini memang mudah dan cepat untuk disediakan.
Sumber kredit: As Danish via Ibu Azzah You Tube
