Anak

Usia 2 Tahun, Ibu Bapa Sudah Boleh Ajar Anak Menulis, Mulakan Dengan Lukis Bentuk

Ada ramai ibu bapa tertanya-tanya waktu usia anak berapakah anak-anak sesuai diajar untuk memegang pensil dan seterusnya belajar menulis.

Jika ibu bapa membuat pendedahan awal kepada anak mereka cara menulis dengan betul, banyak kelebihan diperoleh kerana dapat meningkatkan kemahiran motor halus daripada usia muda.

Berikut perkongsian daripada Mahfuzah Zainol yang merupakan ahli terapi carakerja di pendidikan khas.

Umur berapa mahu ajar anak menulis?

Okay, mengikut literature review daripada para cendekiawan dalam bidang handwriting, kanak-kanak mula memegang pensel atau berminat untuk memegang pensel atau objek lain untuk menconteng pada umur 2 tahun ke atas.

Yes, 2 tahun. It is evidence-based. But bear in mind, not necessarily on paper!

Boleh tulis guna jari, kapur, crayon atau kayu atau batu.

Tulis atas batu, papan, tanah, daun dan air.

Masa dua tahun pertama ini, bukan ‘precision’ atau ketetapan tulisan tangan dengan tulisan kemas yang menjadi ukuran tetapi lebih kepada ‘fun doing’ dalam kemahiran tulisan tangan.

Kemahiran tulisan tangan yang pertama bukanlah terus boleh menulis huruf A-Z atau nombor 1-9.

Mulakan dengan melukis bentuk!

Bentuk apakah nak mula?

Bentuk garisan lurus melintang, menegak dan bulatan.

Itu yang pertama dulu. Kalau menconteng, ajar menconteng dalam garisan dan bulatan.

Okay, anak kita pergi ke sekolah pada umur sekitar 5 dan 6 tahun. Pada ketika ini, kemahiran tulisan tangan sudah banyak dipraktikkan.

Sedangkan ada antara kanak-kanak ini belum pandai memegang pensel!

Terkejut kan! This is alarming.

Dan jangan terkejut juga kerana proses kemahiran tulisan tangan berkembang sepanjang hayat seseorang individu tersebut.

Keep encouraging walaupun mereka belum pandai memegang pensel pada umur belasan tahun! Use the right technique. Learn and re-relearn.

It is not impossible if they happen to hold a pencil correctly at seventeen because of you parent and/or teacher!! (with Allah’s help of course)

Mengikut kajian banyak pakar kemahiran tulisan tangan kanak-kanak antaranya Cermak dan Graham, Milone dan ramai lagi (banyak kajian mereka sebenarnya yang menjadi rujukan), pegangan pensel menjadi faktor utama ketidakupayaan dalam kemahiran tulisan tangan!

Betul!

Banyak kes kanak-kanak tidak pandai memegang pensel dan menulis dirujuk kepada terapis carakerja atau OCCT atau occupational therapist.

Maka, OT akan lakukan intervention untuk menguatkan jari-jemari dan bahu bagi Persediaan untuk memegang pensel dan menulis.

OT takkan practice terus menulis selagi jari-jemari dan bahu belum kuat dan stabil untuk memegang objek dengan efektif.

Di sinilah lahirnya elemen intervention OT untuk kemahiran motor yang mempunyai kemahiran motor halus dan kasar.

Di sekolah, tiada kelas khas untuk mengajar anak-anak kita kemahiran tulisan tangan ya.

Kemahiran nak ajar membaca, yes, ada. Kalau di Pendidikan Khas, ada satu matapelajaran bernama Kemahiran Manipulatif yang boleh digunakan untuk mengasah kemahiran tulisan tangan.

Jadi bagaimana kemahiran tulisan tangan diasah?

Mestilah di rumah. Bersama ibu dan bapa dan adik beradik.

Jadi, kemahiran tulisan tangan merupakan antara komponen asas dalam ‘school readiness skills’.

Ada banyak intervention program untuk kemahiran tulisan tangan.

Sumber kredit: Mahfuzah Zainol

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikal Popular

To Top